
F.T. Island (Hanguel: 에프티 아일랜드) atau juga disebut sebagai Five Treasure Island atau FTI adalah salah satu band yang terdapat di Korea Selatan. Memiliki arti Lima Pulau Harta Karun. Album debut mereka, "Cheerful Sensibility" merupakan album ke-6 paling laris pada tahun 2007. Lagu debut mereka,"Lovesick" pernah berada dalam carta teratas K-Pop selama 8 minggu berturut-turut.Nama rasmi bagi kelab peminat band ini ialah "PRIMADONNA" serta warna rasmi kelab ini ialah "kuning sinaran mentari" dan para peminat membawa bendera kuning rasmi yang dikenali sebagai "pentasticks".
Debut!
Walaupun album pertama kumpulan F.T. Island, "Cheerful Sensibility" dijadualkan untuk dilancarkan secara komersil pada Mei 2007, mereka telah muncul dalam sebuah rancangan yaitu Wanna Be My Boyfriend?" (Korea: 두근두근 여친만들기) di sebuah saluran televisi Korea, Mnet. Band ini telah mengadakan persembahan secara langsung di Rolling Hall serta secara rasmi di Live House Melon-AX, Gwangjang-dong di Seoul pada 27 Mei 2007.
Pada 7 Jun, F.T. Island mempersembahkan lagu debut mereka "Love Sick" dalam program musik televisi terkenal, M!Countdown dan album "Cheerful Sensibility" juga dilancarkan pada hari yang sama. Walaupun usia mereka ketika itu masih muda, namun mereka telah memikat hati pendengar musok muda mahupun yang tua dengan muzik mereka serta mereka telah mendapat gelaran band "Flower Boy" . Lagu debut band ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan apabila lagu mereka itu berada di kedudukan yang tinggi dalam kebanyakan carta musik popular selama 8 minggu berturut-turut di Korea Selatan. Mereka juga mendapat #1 dalam M!Countdown mengalahkan seniman terkenal ketika itu iaitu Dynamic Duo dan Fly to the Sky selepas dua minggu debut mereka.dan mereka menacapai puncak di Oricon Chart. Dengan hasil ini, hal itu adalah pertama kalinya dalam 42 tahun dalam sejarah chart seorang male artist mencapai hit nomor 1 di chart mingguan dengan album pertama mereka.
Album:
* 2007: Cheerful Sensibility
* 2007: The Refreshment
* 2008: Prologue of F.T. Island: Soyogi (EP)
* 2008: Colorful Sensibility Part 1
* 2008: Colorful Sensibility Part 2
* 2009: Jump Up (EP)
* 2009: Cross & Change
* 2009: Double Date
* 2009: So Long, Au Revoir
* 2010: Japan Special Album Vol. 1
* 2010: Beautiful Journey (EP)
* 2011: Return
a.k.a: Deby-Kyu
0 komentar:
Posting Komentar